• n.farhana@um.edu.my

PEMBUKAAN SERENTAK GERAN DITADBIR URUS OLEH JPT, KPM (FRGS, PRGS, TRGS, LRGS)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 4 Tahun 2018 pada 8 Ogos 2018 telah bersetuju agar beberapa penambahbaikan dilaksanakan terhadap aspek governan dan proses pengurusan Dana Penyelidikan KPM (PT) merangkumi proses permohonan, saringan, penilaian dan pemantauan. 
 
Bagi proses permohonan, mesyuarat telah bersetuju agar permohonan bagi dana penyelidikan KPM (PT) dibuka sepanjang tahun di mana sesi penilaian akan diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun seperti jadual berikut:
 
 

BIL

PERMOHONAN

PENILAIAN

1.

Sept – Dis 2018

Jan – Feb 2019

2.

Jan – Mac 2019

April – May 2019

3.

April – Jun 2019

Julai – Ogos 2019

 
 
 
Dimaklumkan bahawa jangkaan jadual permohonan akan berubah oleh kerana sistem mygrants masih belum dibuka untuk permohonan. Pihak KPM akan maklumkan sejurus sistem permohonan geran dibuka dan pihak PPGP akan panjangkan kepada semua penyelidik. Sehubungan itu pihak PPGP memohon kerjasama YBhg Prof. /Prof. Madya/Dr. untuk membuat persediaan ke atas semua geran di bawah KPM. . 
 
Terima kasih.