Sukacita dimaklumkan bahawa Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 2023 akan dibuka untuk permohonan pada 15 Februari 2023 sehingga 14 April 2023 (2 bulan). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses di pautan https://mygrants.gov.my.
[maklumat lengkap berhubung Garis Panduan FRGS 2023 akan dikemukakan setelah pengumuman rasmi pembukaan permohonan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)]
Sehubungan dengan itu, penyelidik yang berminat dan layak untuk memohon dinasihatkan untuk memuktamadkan kertas cadangan penyelidikan masing-masing & seterusnya mengemukakan permohonan melalui sistem MyGRANTS setelah sistem dibuka bermula 15 Februari 2023 (Rabu).
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dan bagi memastikan penyelidik dan panel penilai mempunyai masa yang cukup untuk proses penilaian dan penambahbaikan proposal, tempoh penerimaan permohonan di peringkat UM adalah DUA (2) minggu sahaja. Tarikh tutup di peringkat UM: 1 Mac 2023 (Rabu)
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. boleh menghubungi Cik Nuratiqah Mohamad Norpi dan Puan Siti Rosniza Mohd Taib di talian 03 - 7967 4522 / 4653 / 4654 atau ppgp@um.edu.my