• Welcome to Research Office - Faculty of Medicine - Universiti Malaya
  • resfom@um.edu.my
logo
logo
Warga Fakulti yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) telah membuat hebahan berkaitan pembukaan permohonan Geran Komuniti untuk Petaling Jaya Mampan 6.0 Tahun 2024.
Jumlah pembiayaan adalah diantara RM5,000 - RM50,000 untuk tempoh satu (1) tahun. Antara 10 bidang berkaitan (thematic) bagi geran ini adalah:
📌  Low Carbon City
📌  Circular Economy City
📌  Safe and Resilient City
📌  Inclusive City
📌  Child Friendly City
📌  Learning City
📌  Economical Vibrant City
📌  Society 5.0 City
📌  Smart City
📌  e-Governance City
MBPJ turut menetapkan geran yang diberikan mirip kepada projek/inisiatif berbentuk CEPA (communication, education and public awareness), perkhidmatan, kajian dan penyelidikan, jaringan (networkingdan infrastruktur atau kemudahan dalam proposi yang kecil. Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi penghantaran proposal:
Peringkat UMCares
Pemohon perlu 
mengemukakan borang permohonan yang lengkap (bersama proposal dan dokumen sokongan) kepada UMCares, umcares@um.edu.my untuk surat sokongan sebelum jam 5.00 petang, 19 April 2024 (Jumaat). Borang permohonan tersebut perlu mendapat sokongan Ahli Majlis MBPJ mengikut kawasan projek yang akan dilaksanakan. Pemohon perlu menghubungi Ahli Majlis MBPJ bagi mendapatkan sokongan dan maklumat Ahli Majlis MBPJ bagi penggal 2024 - 2025 boleh dirujuk di sini - https://www.mbpj.gov.my/ms/mbpj/pengurusan/ahli-majlis-majlis-bandaraya-petaling-jaya

Peringkat MBPJ
Pemohon perlu menghantar borang permohonan lengkap beserta surat sokongan kepada MBPJ sebelum 30 April 2024 (Selasa) sama ada secara hantaran SOFTCOPY (gerankomuniti@mbpj.gov.my) ATAU HARDCOPY (Urusetia Geran, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tingkat 20, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya)
Borang permohonan dan garis panduan dengan maklumat lebih lanjut berkaitan geran boleh diakses melalui pautan, Geran Komuniti untuk Petaling Jaya Mampan 6.0.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dipanjangkan kepada UMCares, Puan Nor Azlin melalui emel, azlinmr@um.edu.my atau di talian 03 - 7967 7358
Emel hebahan UMCares turut dimajukan di bawah untuk rujukan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
RMU, FOM