• Welcome to Research Office - Faculty of Medicine - Universiti Malaya
  • resfom@um.edu.my
logo
logo

Ingin dimaklumkan bahawa Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 2023 dijangka akan dibuka untuk permohonan antara Disember 2022 - Januari 2023Ini adalah berdasarkan trend pembukaan skim geran penyelidikan ini pada Tahun 2021 dan 2022.

 

Sehubungan dengan itu, penyelidik yang berminat dan layak untuk memohon dinasihatkan untuk menyediakan Draf kertas cadangan penyelidikan masing-masing secara atas talian (online) di dalam sistem MyGRANTS. Permohonan lengkap hanya boleh dikemukakan (online) selepas pengumuman rasmi pembukaan permohonan dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

[Penyediaan Draf: Log masuk MyGRANTS > Application > New Application > FRGS Draft]

Bagi memastikan penyelidik dan panel penilai mempunyai masa yang cukup untuk proses penilaian dan penambahbaikan proposal, tempoh penerimaan permohonan di peringkat UM adalah DUA (2) minggu sahaja dari tarikh rasmi pembukaan FRGS 2023 oleh KPT.

 

Penyelidik adalah diingatkan untuk meneliti dan memahami Garis Panduan FRGS semasa penyediaan draf cadanganSelain itu, semua penyelidik diminta untuk mengemaskini profil masing-masing dalam MyGRANTS kerana KPT berhak untuk menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemaskini atau tidak lengkap.

 

Seperti berikut adalah maklumat am mengenai FRGS untuk rujukan semua penyelidik dan adalah tertakluk kepada perubahan terkini bagi Tahun 2023.

TARIKH BUKA

 Jangkaan Disember 2022 - Januari 2023.

TARIKH TUTUP

 Tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada KPT

SILING PERMOHONAN (RM)

 250,000.00

TEMPOH PENYELIDIKAN

 Dua (2) tahun atau Tiga (3) tahun sahaja

TERBUKA

KEPADA

i. Kakitangan akademik sepenuh masa ( Tetap / Kontrak)

ii. Minimum: Ijazah Sarjana

iii. Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun dari tarikh tutup permohonan

SYARAT AM PERMOHONAN

 i. Permohonan baharu bagi mereka yang telah diluluskan FRGS pada fasa yang terdahulu akan diberi pertimbangan dengan bukti projek-projek tersebut telah 75% selesai di dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS dan disahkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Institusi. Penyelidik dipohon untuk mengemaskini prestasi projek penyelidikan secara dalam talian melalui Sistem MyGRANTS pada setiap Februari dan Ogos setiap tahun.

ii. Pemohon amatlah digalakkan untuk berkolaborasi dengan pihak Industri/Agensi yang berkaitan bagi melaksanakan projek penyelidikan tersebut (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (letter of intent) dan lain-lain dokumen yang berkaitan).

iii. Pemohon amatlah digalakkan untuk mengemukakan bukti carian paten (patent search) bagi setiap permohonan projek.

iv. Pemohon dimestikan untuk mengenalpasti dan mengemukakan perancangan terhadap pengurusan risiko (risk assessment) bagi setiap permohonan projek.

v. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan projek sahaja pada setiap fasa.

DOMAIN PENYELIDIKAN (RESEARCH DOMAIN)

Setiap permohonan hendaklah memenuhi salah satu (1) daripada tujuh (7) Domain Penyelidikan seperti berikut:-

 

(a) Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences);

(b) Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering);

(c) Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences);

(d) Sains Sosial (Social Sciences);

(e) Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts);

(f) Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage);

(g) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology).

 PENILAIAN

 i . Penilaian Dalaman Universiti:

 ii. Penaziran Permohonan oleh JPT, KPT
 iii. Penilaian Permohonan oleh JPT, KPT

 

Cadangan penyelidikan yang dipohon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

i. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/ kaedah/model/proses baharu; dan

ii.  Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau

iii.  Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau

iv.  Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara

BPGP akan sentiasa memberi makluman / hebahan lanjut mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Nuratiqah Mohamad Norpi / Pn Siti Rosniza Mohd Taib di talian 03-7967 4522.