Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi. ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi Tahun 2023. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
(i) Basic Life Sciences
(ii) Human Healthcare;
(iii) Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
(iv) Bioenergy
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/
Tarikh tutup permohonan: 30 April 2023 (Ahad)
Kaedah permohonan:
Tarikh |
Tindakan |
Mac-April |
i. Pemohon membuat permohonan melalui sistem: https://isg.icgeb.org/auth/ ii. Pemohon mengemukakan borang permohonan/ proposal & borang “confirmation by the Institute” kepada BPGP (ppgp@um.edu.my) |
10 April 2023 |
Tarikh akhir penghantaran borang permohonan/ proposal & borang “confirmation by the Institute” ke BPGP. |
10 – 14 April 2023 |
i. Proses penilaian borang permohonan/ proposal serta pindaan borang permohonan/ proposal oleh pemohon mengikut cadangan panel. ii. Pemohon mengembalikan borang permohonan/ proposal kepada BPGP. |
14-18 April 2023 |
BPGP menyemak borang permohonan / proposal dan dapatkan pengesahan wakil universiti bagi borang “confirmation by the Institute” |
18 - 28 April 2023 |
i. BPGP kembalikan borang permohonan/ proposal kepada pemohon. ii. Pemohon muat naik borang “confirmation by the Institute” ke dalam sistem (https://isg.icgeb.org/auth/ |
30 April 2023 |
Tarikh akhir penghantaran permohonan melalui sistem. |
*22 & 23 April 2023- Hari Raya Aidilfitri
*Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi BPGP di talian 03-79674522/ 4654 atau emelkan kepada:
Sekian, terima kasih.